TITANIC FILEM TERBAIK DEKAD INI

Anugerah Akademi ke-70 menjulang Titanic sebagai filem yang mencatat sejarah apabila menerima 14 pencalonan dan memenangi 11 oskar.
Titanic turut mencatat rekod kos pembikinan tertinggi dalam industri perfileman dunia, iaitu RM700 juta. Apabila ditayangkan, filem ini mendapat kutipan lebih AS$1 bilion, dan ini merupakan filem yang paling mendapat sambutan penonton di seluruh dunia pada dekad dan abad ini.
Ada yang berpendapat bahawa Titanic hebat kerana kecanggihan teknik computer generated image (CGI) yang dieksploitasi sebegitu berkualiti dan teliti. Kecanggihan teknik yang menggambarkan alunan ombak, saat-saat tenggelamnya kapal buatan White Star Line, dan sebagainya itu cuma sebahagian aspek yang memantapkan filem megaini. Dari sudut lain, kos pembikinan, jumlah hari tayangan, dan pungutan tiket turut membuktikan keunggulan filem ini.
Pelbagai aspek dilihat oleh orang ramai apabila menonton filem ini beberapa kali. Ada yang menontonnya kerana mengagumi urutan visual tenggelamnya kapal mega ini, seninya (syot, tatacahaya, set, kostum, dan sebagainya), naratif cinta Jack Dawson dan Rose Dewitt Bukater, dan tidak kurang hanya untuk menatap lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet.
Setiap aspek tidak terabai dari sudut sejarah, sehingga pelakon diberi Titanic Etiquette: A Time Traveler’s Guide. Binaan set luaran dan dalaman kapal sungguh hebay dan berkesan, hasil kajian dan ketelitian serta semangat kerja yang profesional. Kemewahan yang digambarkan dalam kapal begitu menakjubkan.
Pengarah dan tenaga kerjanya memiliki fikiran dan memanfaatkannya untuk menghasilkan karya filem yang unggul, berkesan, dan hebat dari segala segi. Binaan, tangisan, dan tengelamnya Titanic adalah lambang usaha gigih dan ketelitian yang tidak akan dilupakan oleh penonton, pengemar, dan pengkritik filem sepanjang masa.
‘TOP
10’ FILEM TERLARIS DI DUNIA 2003
Finding Memo
The
Matrix Reloaded
Pirates Of The Carribean: The Curse of The Black Pearl
The Lord of The Rings: The Return of The King
Bruce Almighty
Terminator
3: Rise of The Machine
The Matrix Revolution
X2:
X-Men United
Bad
Boys 11
Charlie’s
Angels: Full Throttle